Saturday, 13 December 2014

ASAL USUL PERKATAAN KIMIA


  • Perkataan kimia berasal daripada perkataan Arab ‘al-kimiya’.Orang Yunani ialah bangsa pertama yang cuba menjelaskan mengapa berlaku perubahan kimia terjadi. Mereka telah mengemukakan suatu teori bahawa semua bahan terdiri daripada empat unsur asas iaitu api, air, tanah, dan udara 2400 tahun dahulu kala.
  • Keempat-empat unsur asas ini dipercayai saling berkaitan dan mempunyai ciri-ciri tertentu seperti sejuk, panas, kering, dan lembap. Teori ini dikemukakan kerana keempat-empat unsur itu amat penting dalam kehidupan seharian mereka pada masa itu.
  • Pada masa yang sama, orang-orang Mesir ketika itu, telah mengetahui cara-cara pengekstrakan logam-logam seperti emas, perak, besi, tembaga, dan timah. Istilah kimia juga berasal dari Mesir yang bermaksud tanah hitam dari Sungai Nil dalam bahasa Arab.
  • Asas kimia moden bermula pada abad ke-16 dengan perkembangan ilmu metalurgi ialitu pengekstrakan logam daripada bijihnya yang dilakukan oleh seorang berbangsa Jerman iaitu George Bauer, serta penggunaan mineral dalam ilmu perubatan oleh seorang yang berbangsa Switzerland iaitu bernama Paracelsus.
  • Robert Boyle (1627 – 1691) seorang ahli sains Inggeris dianggap sebagai pengasas kimia moden. Beliaulah orang yang pertama yang menjalankan eksperimen untuk mengkaji kesahan sesuatu pendapat yang dikemukan. Robert Boyle menghasilkan buku ‘The Sceptical Chymist’. Buku ini menerangkan sifat-sifat berlainan bagi unsur, sebatian, dan campuran dengan jelas.
  • Kimia merupakan satu cabang ilmu sains yang mengkaji bahan yang terdapat di dalam alam semesta serta perubahan yang berlaku ke atas bahan ini apabila berinteraksi antara satu sama lain. Perubahan-perubahan ini boleh dilihat dari segi tenaga, jisim, warna, dan sebagainya.
  • Oleh itu, ilmu kimia amat luas, daripada mengkaji zarah-zarah asas dalam sesuatu bahan hingga bagaimana bahan ini bertindak balas menghasilkan bahan yang baru. Ilmu kimia sering dianggap sebagai ‘sains pusat’ kerana kedudukannya yang unik dan bertindih dengan banyak cabang sains yang lain

Kepentingan Kimia Dalam Kehidupan

Ilmu kimia (chemistry) ialah sains yang berkenaan dengan komposisi bahan-bahan, bentuk asas jirim dan interaksi antara mereka. Bahan kimia terdiri daripada satu atau lebih daripada elemen-elemen (unsur-unsur) di bumi kita. Bahan kimia adalah penting dalam kehidupan kita. Berikut adalah beberapa contoh kepentingan kimia:
  • Perubatan – untuk memerangi penyakit dan memanjangkan jangka hayat.
  • Baja dan racun perosak – meningkatkan hasil tanaman.
  • Pengawet – membantu memanjang masa penyimpanan makanan.
  • Bahan yang digunakan untuk membuat pakaian seperti kapas (cotton), sutera (silk) dan nilon (nylon).
  • Bahan binaan seperti simen (cement), konkrit (concrete) dan kaca (glass).
  • Komponen (components) automobil dan komputer.
  • Produk pengguna seperti sabun (soap) dan bahan pencuci (detegent).
Jadual di bawah menunjukkan beberapa contoh penggunaan bahan kimia dalam kehidupan seharian kita.

Nama Bahan
Formula Kimia
Kegunaan
Oksigen
(Oxygen)
O2
Pernafasan dan pembakaran
Nitrogen
N2
Pembuatan ammonia
Karbon dioksida
(Carbon dioxide)
CO2
Dalam fotosintesis dan dalam pembuatan minuman berkarbonat.
Natrium klorida
(sodium chloride)
NaCl
Pemeliharaan makanan, cth: ikan masin.
Propena (Propene)
C3H6
Pembuatan bahan plastic.
Formaldehid
(Formaldehyde)
HCHO
Pemeliharaan specimen biologi.
Ferum (II) sulfat
(Iron(II) sulphate)
FeSO4
Pil untuk merawat anemia
Dichlorodiphenyl-trichloroethane (DDT)
(ClC6H4) 2CHCCl3
Sebagai racun serangga. Cth: kawalan nyamuk.
Aspirin
CH3COOC6H4COOH
Dadah analgesik untuk merawat kesakitan dan demam
Kalsium sulfat
(Calsium sulphate)
hemihydrate
2CaSO4.H2O
Digunakan sebagai cast untuk menyokong tulang patah mangsa kemalangan.
Keluli tahan karat
(Stainless steel)
80% iron +
18% chromium +
1% copper +
1% antimony
Untuk membuat perkakas dapur seperti periuk, pisau, sudu dan garfu.
Aloi tembaga-nikel
(Copper nickel-alloy)
25% nickel +
75% copper
Untuk membuat duit syiling.
Urea
CO(NH2) 2
Baja.
Asid borik
(Boric acid)
H3BO3
Untuk memelihara makanan laut seperti ikan dan sotong.
Asid sulfuric
(Sulphuric acid)
H2SO4
Sebagai elektrolit dalam pengumpulan asid plumbum
Etanol
(Ethanol)
C2H5OH
Sebagai pelarut dan pembuatan perindustrian kimia.
Sodium borate
Na2B4O7
Racun lipas.
Zink fosfid
(Zinc phosphide)
Zn3P2
Racun tikus.
Sodium stearete
C17H35COONa
Sabun.
Natrium nitrit
(Sodium nitrite)
NaNO2
Pemeliharaan makanan seperti daging burger dan sosej.
Ethanoic/Asetic acid
CH3COOH
Pemeliharaan buah-buahan dan pembuatan perisa makanan.
Magnesium oksida
(magnesium oxide)
MgO
Pil anti-asid untuk merawat pesakit gastrik.
Sodium bikarbonat
(Sodium bicarbonate)
NaHCO3
Serbuk penaik.
Kalsium karbonat
(Calsium carbonate)
CaCO3
Kalsium tambahan.