- Perkataan kimia berasal daripada perkataan Arab ‘al-kimiya’.Orang Yunani ialah bangsa pertama yang cuba menjelaskan mengapa berlaku perubahan kimia terjadi. Mereka telah mengemukakan suatu teori bahawa semua bahan terdiri daripada empat unsur asas iaitu api, air, tanah, dan udara 2400 tahun dahulu kala.
- Keempat-empat unsur asas ini dipercayai saling berkaitan dan mempunyai ciri-ciri tertentu seperti sejuk, panas, kering, dan lembap. Teori ini dikemukakan kerana keempat-empat unsur itu amat penting dalam kehidupan seharian mereka pada masa itu.
- Pada masa yang sama, orang-orang Mesir ketika itu, telah mengetahui cara-cara pengekstrakan logam-logam seperti emas, perak, besi, tembaga, dan timah. Istilah kimia juga berasal dari Mesir yang bermaksud tanah hitam dari Sungai Nil dalam bahasa Arab.
- Asas kimia moden bermula pada abad ke-16 dengan perkembangan ilmu metalurgi ialitu pengekstrakan logam daripada bijihnya yang dilakukan oleh seorang berbangsa Jerman iaitu George Bauer, serta penggunaan mineral dalam ilmu perubatan oleh seorang yang berbangsa Switzerland iaitu bernama Paracelsus.
- Robert Boyle (1627 – 1691) seorang ahli sains Inggeris dianggap sebagai pengasas kimia moden. Beliaulah orang yang pertama yang menjalankan eksperimen untuk mengkaji kesahan sesuatu pendapat yang dikemukan. Robert Boyle menghasilkan buku ‘The Sceptical Chymist’. Buku ini menerangkan sifat-sifat berlainan bagi unsur, sebatian, dan campuran dengan jelas.
- Kimia merupakan satu cabang ilmu sains yang mengkaji bahan yang terdapat di dalam alam semesta serta perubahan yang berlaku ke atas bahan ini apabila berinteraksi antara satu sama lain. Perubahan-perubahan ini boleh dilihat dari segi tenaga, jisim, warna, dan sebagainya.
- Oleh itu, ilmu kimia amat luas, daripada mengkaji zarah-zarah asas dalam sesuatu bahan hingga bagaimana bahan ini bertindak balas menghasilkan bahan yang baru. Ilmu kimia sering dianggap sebagai ‘sains pusat’ kerana kedudukannya yang unik dan bertindih dengan banyak cabang sains yang lain
Encouragement is Oxygen to the soul
“Jika kamu menyatakan sesuatu kebaikan /menyembunyikn/memaafkn sesuatu kesalahan(org lain),maka sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lg Maha Kuasa” (an-nisa’:149)
Saturday, 13 December 2014
ASAL USUL PERKATAAN KIMIA
Kepentingan Kimia Dalam Kehidupan
- Perubatan – untuk memerangi penyakit dan memanjangkan jangka hayat.
- Baja dan racun perosak – meningkatkan hasil tanaman.
- Pengawet – membantu memanjang masa penyimpanan makanan.
- Bahan yang digunakan untuk membuat pakaian seperti kapas (cotton), sutera (silk) dan nilon (nylon).
- Bahan binaan seperti simen (cement), konkrit (concrete) dan kaca (glass).
- Komponen (components) automobil dan komputer.
- Produk pengguna seperti sabun (soap) dan bahan pencuci (detegent).
Nama Bahan
|
Formula Kimia
|
Kegunaan
|
|
Oksigen
(Oxygen) |
O2
|
Pernafasan dan pembakaran
|
|
Nitrogen
|
N2
|
Pembuatan ammonia
|
|
Karbon dioksida
(Carbon dioxide) |
CO2
|
Dalam fotosintesis dan dalam pembuatan minuman berkarbonat.
|
|
Natrium klorida
(sodium chloride) |
NaCl
|
Pemeliharaan makanan, cth: ikan masin.
|
|
Propena (Propene)
|
C3H6
|
Pembuatan bahan plastic.
|
|
Formaldehid
(Formaldehyde) |
HCHO
|
Pemeliharaan specimen biologi.
|
|
Ferum (II) sulfat
(Iron(II) sulphate) |
FeSO4
|
Pil untuk merawat anemia
|
|
Dichlorodiphenyl-trichloroethane (DDT)
|
(ClC6H4) 2CHCCl3
|
Sebagai racun serangga. Cth: kawalan nyamuk.
|
|
Aspirin
|
CH3COOC6H4COOH
|
Dadah analgesik untuk merawat kesakitan dan demam
|
|
Kalsium sulfat
(Calsium sulphate) hemihydrate |
2CaSO4.H2O
|
Digunakan sebagai cast untuk menyokong tulang patah mangsa kemalangan.
|
|
Keluli tahan karat
(Stainless steel) |
80% iron +
18% chromium + 1% copper + 1% antimony |
Untuk membuat perkakas dapur seperti periuk, pisau, sudu dan garfu.
|
|
Aloi tembaga-nikel
(Copper nickel-alloy) |
25% nickel +
75% copper |
Untuk membuat duit syiling.
|
|
Urea
|
CO(NH2) 2
|
Baja.
|
|
Asid borik
(Boric acid) |
H3BO3
|
Untuk memelihara makanan laut seperti ikan dan sotong.
|
|
Asid sulfuric
(Sulphuric acid) |
H2SO4
|
Sebagai elektrolit dalam pengumpulan asid plumbum
|
|
Etanol
(Ethanol) |
C2H5OH
|
Sebagai pelarut dan pembuatan perindustrian kimia.
|
|
Sodium borate
|
Na2B4O7
|
Racun lipas.
|
|
Zink fosfid
(Zinc phosphide) |
Zn3P2
|
Racun tikus.
|
|
Sodium stearete
|
C17H35COONa
|
Sabun.
|
|
Natrium nitrit
(Sodium nitrite) |
NaNO2
|
Pemeliharaan makanan seperti daging burger dan sosej.
|
|
Ethanoic/Asetic acid
|
CH3COOH
|
Pemeliharaan buah-buahan dan pembuatan perisa makanan.
|
|
Magnesium oksida
(magnesium oxide) |
MgO
|
Pil anti-asid untuk merawat pesakit gastrik.
|
|
Sodium bikarbonat
(Sodium bicarbonate) |
NaHCO3
|
Serbuk penaik.
|
|
Kalsium karbonat
(Calsium carbonate) |
CaCO3
|
Kalsium tambahan.
|
Thursday, 18 September 2014
Bila hati rosak. Maka rosaklah semua termasuklah iman dan taqwa .
"Dear heart, please put down your ego, be humble, don't let your riak/takbbur feelings conquer you, avoid yourself from having uneasy feeling towards someone, don't envy someone because she/he is way better in personality/studies and etc. "
Sebab hati manusie ni senang terusik tak kisahlah lelaki ataupun wanita. Sensitivity dia sangat lah tinggi. Sebab tu kita kena jaga hati kita supaya jgn jadi hitam. Bila hitam rosak semuanya. Jadi bila rasa marah geram ke benci ke meluat kat someone, istighfar banyak banyak. Semoga Allah jauhkan kita daripada perasaan perasaan yang tak sepatutnya. InsyaAllah
Jadi jagelah hati , biarlah menjadi orang yang berbudi dan beriman .
Monday, 14 July 2014
Sunday, 13 July 2014
Apakah itu angkasa lepas ??
Angkasa lepas, atau lebih
ringkas angkasa, merujuk kepada
ruangan yang secara relatifnya
kosong di dalam alam
semesta yakni berada di luar
dari atmosfera sesuatu objek
astronomi .
Angkasa lepas digunakan untuk
membezakannya dengan ruang
udara (dan kawasan-kawasan
daratan) kerana angkasa merujuk
kepada langit.
[1] Berlawanan
dengan pemahaman popular,
angkasa lepas tidak sebenarnya
kosong (iaitu hampagas
sepenuhnya) tetapi mengandungi
zarah-zarah dalam ketumpatan
yang rendah,
majoriti plasma hidrogen,
serta sinaran elektromagnet .
Angkasa lepas dikatakan turut
mengandungi jirim gelap dan
tenaga gelap, namun kenyataan
ini cumalah bersifat hipotesis.
Saturday, 12 July 2014
Psikologi Manusia
PENGENALAN PSIKOLOGI
Psiko/Psycho berasal daripad perkataan Greek yang bermaksud Intipati,kehidupan dan jiwa.Manakala logo pula bermaksud ilmu pengetahuan yang besandarkan elemen sains. Psikologi juga didefinisikan sebagai bidang yang meliputi kajian saintifik yang berkaitan dengan gabungan proses mental dan tingkahlaku seseorang individu .Ringkasan definisi psikologi ilmu tentang sains yang mengkaji tingkah laku dan proses mental seseorang individu. Bidang ini juga membuat kajian tentang tingkahlaku manusia seperti mengapa terjadinya perkelahian ,pembunuhan,gangguan histeria dan penderaan yang dilakukan oleh individu tersebut.
Konsep Psikologi
Terdapat 3 konsep Utama
1)Sains
2)Tingkah laku
3)Proses Mental
SAINS
-Psikologi dianggap suatu bidang sains kerana ilmu psikologi cuba memahami manusia dengan mengkaji manusia melalui kaedah pemerhatian (pemerhatian dilakukan secara berhati-hati dan terkawal)
TINGKAH LAKU
-Tingkah laku pula merujuk kepada semua tindakan manusia iaitu tingkah laku yang dapat dilihat denagn mata kasar seperti menangis,makan, berjalan atau apa sahaja yang dapat dilihat.
PROSES MENTAL
-Proses mental pula merujuk kepada aktiviti-aktiviti yang berlaku dalam pemikiran seseorang,dimana secara zahirnya proses biologi sedang berlaku di dalam otak kita.
Skop Psikologi
1)Bidang Asas
a)Biopsikologi
-Menekankan bagaimana sistem saraf dan organ yang lain menyediakan asa kepada tingkahlaku.
b)Kederiaan dan Persepsi
- Menekankan tentang bagaimana organ deria beroperasi dan bagaimana kita menafsirkan maklumat yang kita perolehi daprida persekitaran.
c)Pembelajaran dan Ingatan
- Menekan cara bagaimana kita belajar dan mengingat maklumat baru, dan cara berhubung dengan orang lain.
d)Kognisi
-Menekankan tindakan yang cerdas dengan cara berfikir ,membuat persepsi, merancang,merekacipta,mimpi,bercakap, mendengar dan menyelesaikan masalah.
e)Psikologi Perkembangan
-Menekan kan tentang perubahan yang berlaku dalam diri manusia sepanjang hayatnya.
f)Motivasi dan Emosi
- Menkankan tentang keperluan dan keadaan yang menggerakan dan mengatur tingkahlaku seperti kelaparan,kehausan,keseksualan, pencapaian,dan keperluan untuk bergabung dengan orang lain.
g)Personaliti
-Menekankan ciri yang konsisten tentang perilaku seseorang
h)Psikologi Berlazim
-Menekankan kecelaruan mental manusia
i)Psikologi Sosial
-Menekankan pengaruh orang lain ke atas tingkah laku kita, seperti tingkah laku manusia dalam berkumpulan ,dalam rusuhan , sikap beperasangka , dan yang seumpama dengannya
j)Psikologi sosiobudaya
-Menekankan faktor etnik dan budaya, identitti jantina,
2)Bidang Gunaan
-Psikologi Klinikal
-Psikologi Kesihatan
-Psikologi Kaunseling
-Psikologi Pendidikan dan sekolah
-Psikologi industri dan organisasi