Angkasa lepas, atau lebih
ringkas angkasa, merujuk kepada
ruangan yang secara relatifnya
kosong di dalam alam
semesta yakni berada di luar
dari atmosfera sesuatu objek
astronomi .
Angkasa lepas digunakan untuk
membezakannya dengan ruang
udara (dan kawasan-kawasan
daratan) kerana angkasa merujuk
kepada langit.
[1] Berlawanan
dengan pemahaman popular,
angkasa lepas tidak sebenarnya
kosong (iaitu hampagas
sepenuhnya) tetapi mengandungi
zarah-zarah dalam ketumpatan
yang rendah,
majoriti plasma hidrogen,
serta sinaran elektromagnet .
Angkasa lepas dikatakan turut
mengandungi jirim gelap dan
tenaga gelap, namun kenyataan
ini cumalah bersifat hipotesis.
No comments:
Post a Comment