“Jika kamu menyatakan sesuatu kebaikan /menyembunyikn/memaafkn sesuatu kesalahan(org lain),maka sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lg Maha Kuasa” (an-nisa’:149)
Monday, 14 July 2014
Sunday, 13 July 2014
Apakah itu angkasa lepas ??
Angkasa lepas, atau lebih
ringkas angkasa, merujuk kepada
ruangan yang secara relatifnya
kosong di dalam alam
semesta yakni berada di luar
dari atmosfera sesuatu objek
astronomi .
Angkasa lepas digunakan untuk
membezakannya dengan ruang
udara (dan kawasan-kawasan
daratan) kerana angkasa merujuk
kepada langit.
[1] Berlawanan
dengan pemahaman popular,
angkasa lepas tidak sebenarnya
kosong (iaitu hampagas
sepenuhnya) tetapi mengandungi
zarah-zarah dalam ketumpatan
yang rendah,
majoriti plasma hidrogen,
serta sinaran elektromagnet .
Angkasa lepas dikatakan turut
mengandungi jirim gelap dan
tenaga gelap, namun kenyataan
ini cumalah bersifat hipotesis.
Saturday, 12 July 2014
Psikologi Manusia
PENGENALAN PSIKOLOGI
Psiko/Psycho berasal daripad perkataan Greek yang bermaksud Intipati,kehidupan dan jiwa.Manakala logo pula bermaksud ilmu pengetahuan yang besandarkan elemen sains. Psikologi juga didefinisikan sebagai bidang yang meliputi kajian saintifik yang berkaitan dengan gabungan proses mental dan tingkahlaku seseorang individu .Ringkasan definisi psikologi ilmu tentang sains yang mengkaji tingkah laku dan proses mental seseorang individu. Bidang ini juga membuat kajian tentang tingkahlaku manusia seperti mengapa terjadinya perkelahian ,pembunuhan,gangguan histeria dan penderaan yang dilakukan oleh individu tersebut.
Konsep Psikologi
Terdapat 3 konsep Utama
1)Sains
2)Tingkah laku
3)Proses Mental
SAINS
-Psikologi dianggap suatu bidang sains kerana ilmu psikologi cuba memahami manusia dengan mengkaji manusia melalui kaedah pemerhatian (pemerhatian dilakukan secara berhati-hati dan terkawal)
TINGKAH LAKU
-Tingkah laku pula merujuk kepada semua tindakan manusia iaitu tingkah laku yang dapat dilihat denagn mata kasar seperti menangis,makan, berjalan atau apa sahaja yang dapat dilihat.
PROSES MENTAL
-Proses mental pula merujuk kepada aktiviti-aktiviti yang berlaku dalam pemikiran seseorang,dimana secara zahirnya proses biologi sedang berlaku di dalam otak kita.
Skop Psikologi
1)Bidang Asas
a)Biopsikologi
-Menekankan bagaimana sistem saraf dan organ yang lain menyediakan asa kepada tingkahlaku.
b)Kederiaan dan Persepsi
- Menekankan tentang bagaimana organ deria beroperasi dan bagaimana kita menafsirkan maklumat yang kita perolehi daprida persekitaran.
c)Pembelajaran dan Ingatan
- Menekan cara bagaimana kita belajar dan mengingat maklumat baru, dan cara berhubung dengan orang lain.
d)Kognisi
-Menekankan tindakan yang cerdas dengan cara berfikir ,membuat persepsi, merancang,merekacipta,mimpi,bercakap, mendengar dan menyelesaikan masalah.
e)Psikologi Perkembangan
-Menekan kan tentang perubahan yang berlaku dalam diri manusia sepanjang hayatnya.
f)Motivasi dan Emosi
- Menkankan tentang keperluan dan keadaan yang menggerakan dan mengatur tingkahlaku seperti kelaparan,kehausan,keseksualan, pencapaian,dan keperluan untuk bergabung dengan orang lain.
g)Personaliti
-Menekankan ciri yang konsisten tentang perilaku seseorang
h)Psikologi Berlazim
-Menekankan kecelaruan mental manusia
i)Psikologi Sosial
-Menekankan pengaruh orang lain ke atas tingkah laku kita, seperti tingkah laku manusia dalam berkumpulan ,dalam rusuhan , sikap beperasangka , dan yang seumpama dengannya
j)Psikologi sosiobudaya
-Menekankan faktor etnik dan budaya, identitti jantina,
2)Bidang Gunaan
-Psikologi Klinikal
-Psikologi Kesihatan
-Psikologi Kaunseling
-Psikologi Pendidikan dan sekolah
-Psikologi industri dan organisasi